Malaysia dengan Indonesia…kenapa mesti gaduh???

first skali, congrats kepada both team, Indonesia and Malaysia sebab dapat masuk final Sea Games.Congrats!!

ok.tujuan aku tulis nie bukan sebab nak tunjuk pandai or nak defend mana-mana negara tapi aku tulis nie sebab aku nak luahkan apa yang aku fikir especially lepas kemenangan Malaysia ke atas Indonesia pada perlawanan yang  lepas. memang kecoh arr dalam facebook and twitter tentang game tue.aku xleh cakap banyak sebab aku x tengok pun tapi nie based on apa yang aku baca la..hari tue, orang cakap yang Team Indonesia main kasar and before game start, penyokong Indonesia menghina lagu Negaraku.okay, yang nie memang aku tengok dalam youtube so memang xleh dipertikaikan la kan.

bila cakap tentang Indonesia dengan Malaysia, confirm ramai yang tahu bahawa rakyat Indonesia banyak yang x puas hati dengan Malaysia especially lagu Negaraku yang dikatakan berasal dari Terang Bulan, kebudayaan yang diambil dari Indonesia and banyak lagi la kalau aku nak sebut semua. if i’m not mistaken, bunga-bunga pergaduhan nie bermula sejak kes pembantu rumah diseksa so pada masa tue, memang ada tunjuk perasaan atau dalam bahasa indonesia ‘unjuk rasa’ di kedutaan Malaysia di Jakarta. and benda nie dragged sampai sekarang.

to be honest, aku sebagai rakyat Malaysia memang x suka bila rakyat Indonesia buat macam tue. siapa suka kalau slalu kena hina, maki and dituduh macam-macam. so, bila aku baca komen-komen kat facebook, twitter and blog, perasaan aku bercampur antara marah dan kecewa. aku selalu terfikir, kenapa kita rakyat Malaysia and Indonesia tak boleh nak get along sedangkan kita adalah serumpun. berjiran pulak tue..

so, aku akan bagi pendapat aku la kat sini. aku akan start dengan Indonesia. sorry Indonesian if you’re not agree with me. bagi aku la kan, selaku negara yang mendapat kemerdekaan terlebih dahulu dari Malaysia, sepatutnya kamu lebih matang especially dalam tindakan dan pemikiran. memang kamu boleh marah kalau kamu rasa hak kamu diambil tapi adakah dengan membakar bendera Malaysia dapat selesaikan perkara tersebut? aku faham yang kamu rasa negara kamu lebih baik dari Malaysia dan kamu sepatutnya lebih ‘senior’ sebab kamu lebih awal merdeka tetapi tindakan kamu hanya memburukkan negara Indonesia itu sendiri. ramai rakyat Indonesia yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki tetapi pada masa yang sama kamu mengutuk Malaysia. untuk pengetahuan kamu, banyak kes jenayah yang berlaku di Malaysia melibatkan rakyat Indonesia. ada yang merogol dan merompak. pernah tak kamu terfikir pandangan orang ramai tentang rakyat negara kamu sendiri? cuba bayangkan kalau kamu berada di tempat kami. aku yakin yang kamu pasti berasa marah. that’s what happened to us.

ok. aku stop kat situ. next, aku komen pasal Malaysia pulak. macam yang aku cakap kat atas tu, aku bengang jugak macam orang lain. tapi kat sini, aku lagi kecewa kalau aku baca komen dari Malaysian sendiri. aku tak kisah kalau korang nak marah dalam facebook tapi tolong gunakan perkataan yang sopan sikit. aku bukannya orang alim ke apa tapi aku rasa benda tue annoying and jijik kalau aku baca. korang rasa yang rakyat Indonesia tue primitif la, tak bertamadun la tapi pada masa yang sama korang buat benda yang sama. memang la sampai tak bakar bendera tapi bagi aku, still perkara tue tak menunjukkan sikap orang yang bertamadun. korang cakap Malaysia professional bila berhadapan dengan benda-benda macam nie, tapi adakah dengan menghina sesebuah bangsa itu sikap orang professional? korang komen pasal bola hari tue aku tak kisah tapi masalah kat sini bila ada yang komen tak berkaitan pun dengan bola. adakah menghina dan mencaci asal-usul masyarakat tue dikatakan rasional? bagi aku tak langsung! bagi aku senang ja, kalau kita buat benda tue kat orang, kita akan dapat balasan yang sama. maksudnya, kalau korang memaki Indonesia, korang pun akan dimaki juga. perkara yang sama juga berlaku dekat Indonesia.

aku tau ramai Malaysian yang marah and memang wajar pun kalau nak marah tapi tolong la…jangan anggap semua rakyat Indonesia macam tue. pernah tak korang pergi Indonesia???maybe ada yang pernah..memang la rakyat Indonesia tu tak macam kita. tapi tak semestinya dia jahat macam yang kita fikirkan. aku pernah pergi and aku rasa ramai juga yang baik. cuma kita kena tahu macam mana nak deal dengan mereka. Indonesia tu besar and aku rasa orang Jawa dia agak ekstrem kalau nak compare dengan suku-suku lain. aku tak salahkan mereka mungkin sebab faktor sejarah. tapi tak semua orang Jawa macam tu. mungkin korang tak pernah berjumpa dengan orang Indonesia yang baik so korang rasa Indonesian teruk. kadang-kadang, mereka lagi baik dari kita. aku tak tipu. sebab aku pernah jumpa. kalau yang teruk memang teruk. sama la macam Malaysia, ada yang baik ada yang tak.

for Indonesian, kamu sepatutnya hormat orang Malaysia juga. cuba kamu datang ke Malaysia atau bersahabat dengan Malaysian. kalau kamu rasa marah, cakap la baik-baik. pasal kebudayaan, bukan kami nak budaya tue masuk Malaysia tapi disebabkan sejarah, adat dan budaya bercampur. dulu kan, mana ada negara macam sekarang. semuanya satu kerajaan. kalau kamu mencaci sesebuah negara, imej negara kamu akan tercemar. terus terang aku cakap, negara kamu lebih dikenali dari Malaysia and you should be proud of that. bukan aku nak bodek, tapi this is a fact! aku pernah ke UK and solat di masjid di London. at that time, i want to returned a missing item to the guard with my sister and then, he asked me if i was Indonesian. of course I said no. tapi itu membuktikan yang Indonesia lebih dikenali dari Malaysia. lagi satu, ramai rakyat kamu di sini yang bekerja dalam bidang professional. contohnya macam lecturer aku. dia orang Jawa Indonesia. tapi dia baik. kamu tak kasihan kalau orang semua benci kepada dia disebabkan perbuatan kamu sendiri??

lagi satu perkara yang membuatkan aku tak suka benda nie berlaku sebab aku ada keturunan Indonesia. mak aku orang Indonesia. dia dah jadi warganegara and kerja sebagai guru di sebuah sekolah kerajaan hampir 30 tahun. sebab tu aku terasa juga kalau Indonesia dikutuk. aku pernah balik Indonesia and family di sana memang baik. so, korang tak boleh nak kata semua orang Indonesia macam tu. pada masa yang sama, orang Indonesia pun tak boleh nak caci orang Malaysia dengan bad words. apa salahnya kalau berbaik. kalau kalah dalam game ke, terima la dengan hati terbuka and berazam untuk bermain lagi baik untuk next game. yang dah menang, jangan nak mengapi-apikan yang kalah.

sori la kalau ada yang terasa..you can give your opinion here and free to bash me back!!!hehehe…

2 thoughts on “Malaysia dengan Indonesia…kenapa mesti gaduh???

Share your thought

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: