Okonomiyaki resepi

off topic jap. entry ni didedikasikan khas untuk kwn aku Annur Ruslan yg beria-ia nak mintak resepi ni waktu aku dalam klas math.

Ok Anno.nie cara nak buat dia..

okonomiyaki for 2:
100g tepung okonomiyaki(tepung gandum leh gak)
160ml air
2 biji telur
kubis(potong halus2)
daun bawang(potong halus)
daging/ayam/udang(cincang)

okonomi sauce(klu rs xmau guna sos nie,boleh gna seasoning)
katsuobushi
seaweed powder
mayonnaise 

campurkan semua bahan2 tu dalam satu bekas and gaulkan.
kalau rs nak tambah kubis tu bolehla tambah tp jgn terlebih.

gunakan pan utk masak. panaskan pan tue dan tuangkan sedikit minyak sebelum masak.

tuangkan mixture tue atas pan dalam round shape. make sure gunakan api yg sederhana dan masak dalam tempoh 5-7 minit.

then, terbalikkan kan okonomiyaki tue dan biarkan sehingga 5 minit atau sehingga masak.

kemudian, terbalikkan lg okonomiyaki tue dan letakkan okonomi sos dan mayonnaise atas permukaan dia. aku cdgkan gna mayonnaise brand Kewpie(Q.P)  tp apa2 mayonnaise pun boleh..

last skali, letakkan Katsuobushi(dried bonito flakes) atas dia. aku xtau nak sebut dalam bhs melayu sbb aku bukan gugel translate tp dlm kata mudah, bnda tue dibuat dr isi ikan. seaweed powder pun boleh letak klu nak.

kalau dalam gambar kt ats nie, katsuobushi tue yg aku ltk topping kat dia.

pastu..

Ja~!

dh siap!

n ready utk dimakan.

tips:

untuk tepung,mayonnaise,katsuobushi,okonomi sauce,seaweed powder, ko boleh beli kat Jusco.slalunya kat area2 asian food. okonomi sauce pun ada jual tp make sure plih brand yg dia tak letak mirin/alcohol. sos yg aku beli tue dia mmg xde alcohol tp aku x igt brand dia cuma dia dalam plastik.

okonomiyaki nie kena makan waktu panas2 baru best!

 

 

Share your thought

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: